Tuesday, August 19, 2008

Olimpik Beijing

Melayakkan diri ke peringkat suku akhir Olimpik acara pecut sudah cukup untuk membanggakan seluruh rakyat Malaysia. Perlu dingat, Azizulhasni merupakan satu-satuya wakil Asia yang layak ke peringkat itu. Hampir-hampir Azizul membenamkan Chris Hoy dalam 2 kayuhan di suku akhir tersebut. Apakan daya kudrat dan pengalaman juara dunia 2 kali itu sedikit sebanyak membantu beliau mengatasi Azizul cuma dengan sedikit perbezaan masa. Agak kecewa kerana tidak banyak pendedahan diberikan kepada pelumba muda ini yang bakatnya boleh terus digilap untuk menjadi juara dunia satu masa nanti.
Walaubagaimanapun, tahniah untuk Azizul daripada Pakcik!
Pakcik pernah bercita-cita menjadi pelumba basikal suatu masa dulu. Walaupun cuma berbekal basikal galang yang Maktok beli dari "Aney" rakan se-estet Maktok di Kampung Perak. Terkejut Pakcik apabila pulang dari kelas Quran Tajwid suatu petang dihadiahkan basikal galang tersebut. Basikal second hand, bergalang seperti basikal tua Pakyob dan perpelantar lebar. Mungkin design yang sesuai untuk "Aney" gunakan untuk berulang-alik menjual getah keping. Hadiah dapat 5A kata Maktok! Terus Pakcik jadi begitu sentimental dengan hadiah tersebut. Dengan basikal itulah Pakcik berulang-alik ke masjid BS untuk belajar Quran tajwid selepas itu. Basikal itulah yang Pakcik gunakan untuk merantau sampai ke rumah Akob dan Razak di Pokok Machang. Basikal itulah kadang-kadang membawa Pakcik menjelajah sampai ke Sungai Tok Hassan Sungkop mandi sungai. Jangan terkejut dengan basikal bergalang itulah yang dikayuh Pakcik mendaki gon Thye Hup dan gon Tok Din Seho untuk ke kebun di Kampung Perak. Pada masa-masa tertentu dapat juga memotong bas UTC No 7 semasa menuruni gon 50 relong. Tak ramai yang tahu Pakcik selalu membayangkan Pakciklah yang sedang berkayuh menggantikan Rosman Alwi di Sukan Sea. Walaupun hanya bermodalkan basikal second hand semangat Pakcik tak pernah pudar walaupun kadang-kadang agak cemburu bila melihat rakan-rakan sebaya semuanya berbasikal chopper ataupun sekurang-kurangnya berbasikal mini macam basikal Ckgu Ton Ustaz Ismail. Itulah besarnya kesan hadiah daripada Maktok. Difahamkan Maktok berjaya memujuk "Aney" untuk menjualkan basikal itu dengan harga murah. Itupun dengar kata 2 kali bayar. Terima kasih Maktok!

8 comments:

biado ho said...

kadang makngah guna juga basikal pakcik tu utk p cari kayu api di kebun tok haji hashim dengan paklang..kalu musim langsat kayuh basikal tu sampai kebun siam dgn makkiah pakyob p beli langsat murah konon..

biado ho said...

balik dari kayuh basikal tu..rumah abg jaafar 'gelap'jadi tumpuan beli aiskerim perisa nenas...

paklang said...

Gherek tu jugak paklang kayuh sampai lubuk segentah, batu belacan, kebun teh, thye seng, thye aik, bukit lembu, jeniang, sungkup para lawan bola 7 sebelah.

MakndakMai said...

Gerek tudiguna oleh paklang dan paknjang secara bergilir untuk hantar maktok bersama sebakul apom ke kedai sungkup..on the way ke estet kg perak.Hari Jumaat, makndak dan makngah guna untuk bawa besen kain ke kolam atau telaga pakyob untuk dicuci. Maktok ada beli basikal mini merah,secondhand tapi paknjang asyik kuda sampai petang kalau tak sekolah.....sapa pun tak leh naik.

paklang said...

Gerek tu memang banyak jasa tapi berjasa lagi PD 8145.

shahirah said...
This comment has been removed by the author.
shahirah said...

sekarang ni yg byk basikal...laguna merbok...depa juara berbasikal...

uMiE LAgUnA MeRbOk said...

ni owg laguna nk buat mega sale..
gherek mega sale...
meh dtng brmai-rmai..
rya nti ble konvoi p rya rmai2..
toksah gadoh pasai minyak dah..