Friday, August 22, 2008

Cerita ENO dan PD8145

Abam ada terdengar Pakcik merungut sendirian tentang baban kenaikan harga petrol baru-baru ini. Antara alasan berpindah ke rumah baru di Masjid Tanah adalah untuk mengurangkan kos pengangkutan. Semua orang merungut minyak mahal. Orang kuat UMNO di taman inipun berpatah arang dengan kerajaan angkara minyak. Mustahil untuk undi dacing lagi selepas ini, katanya. Tetapi selepas mendapat rebet RM625 baru-baru ni sudah lain pula nadanya. Itu baru RM625 kata Pakcik. Senang-senang simpan saja kereta, tunggang saja motor cabuk Pakcik itu berulang-alik ke pejabat. Bukannya jauh cuma 18 km saja. Dulu tokwan sanggup keliling satu Kedah dengan PD8145. Berulang-alik ke Alor Janggus mencari telor itik sudah menjadi kebiasaan. Tiap kali menziarah Toklang Alor Janggus tokwan akan berseorangan menunggang PD8145. Yang lain akan ikut dari belakang dengan Moris Minor Kodet. Sendat kereta Kodet. Rutin harian ke Kampung Perak sudah tidak menjadi hal untuk PD8145. Asal ada pelantar getah yang sering ditangalkan di tepi rumah Tok Hashim urusan mengangkut getah menjadi mudah. Agak pelik kalau tokwan pulang ke rumah bersama pelantar motor itu. Mesti ada projek di rumah yang hendak dibuat. Mungkin untuk gunakan PD8145 mengangkut padi dari bendang belakang pekan. Macam-macam kerja tokwan dan maktok buat mencari rezeki. Amat bermultiskill. Pagi ke kebun di Kampung Perak. Petang pawah bendang. Malam kisar tepung untuk dibuat apom. Sudah semestinya kontrak kisar tepung diagih-agih sama rata di antara Makngah dan Makndak. Orang lain kurang pakar. Tugas Pakcik agak mudah sebagai pembeli ENO. Mesti ENO putih. Maktok amat teliti dengan kualiti kontrol. Pernah Maktok naik angin dengan Paknjang sebab tersalah beli ENO berperisa lemon. Kamsen mau lebih, ENO pun tak tau beli. Leter Maktok. Paknjang seperti biasa akan keluar rumah selepas itu ke kedai Paktam melepas tension akibat leteran Maktok. Bila sampai waktu makan malam, akan diarahkan anak-anak untuk meninggalkan sedikit nasi dan lauk untuk orang belakang. Siapa lagi kalau bukan Paknjang atau sesiapa saja yang belum pulang ke rumah. Mungkin lewat pulang dari mengaji Quran di rumah Kak Puan. Perihatin betul Maktok. Jadual harian Maktok tidak tamat di situ malah terus bersambung dengan aktiviti mengasah pisau motong, menyediakan bahan-bahan untuk dibuat bengkang, apom an sebagainya. Entah pukul berapa Maktok tidur. Esoknya seawak 3.o0 pagi sudah kembali sebok di dapur. Bila Maktok rehat?

3 comments:

paklang said...

Satu petang tok wm naset naik atas sembahyang magrrib. paklang dan pakjang baru balik main bola..tok wan naset suruh bawak naik pelita dia sembhayang..masa tu letrik belum masuk lalgi cuma yg ada duit sikit masuk letrik dengan hasan letrik. paklang dan pakjang toh buat hingark kat bawah tak bawa naik pelita...lepas tok wan naset sembahyang tanpa cakap banyak dia katok kepala paklang dan pakjang dengan toslet ubat 6.panjang tu kalau toslet ubat 6. satu style towan naset dia tak cakap banyak...lepas katok dia selamba saja gulung rokok daun...kepala paklang ok tapi kepala pakjang jadi macam hulk hogan kena katok dengan kerusi dalam WWF. darah keluag tak berenti...tok kedah masa tu tengah kacau bengkang...apa lagi jadi la muqabalah antara mak tok dan tok wan...mak tok kata nak bunuh anak la dan macama2 lagi tapi yg pak lang respek tok wan tak balas sepatah pun..tok wan buat selamba saja macam perkara tu kecik saja pada dia. mak tok dah tak boleh concentrate pada bengkang di dapog dia kalut dok cari minyak kilat bubuh dahi pakjang..pakjang apa lagi buat buat sakit lebih sikit sebab mak tok masuk belah dia...mak dak dan mak ngah take over kacau bengkang tu..tapi yang paklang masih ingat bengkang kena reject sebab tak ikut quality control jadi benyai...dari situ mak tok beleter pulak kat mak dak dan mak ngah tak boleh harap kata dia...selalu lepas mak tok kacau bengkang paklang yang booking senduk kayu sebab nak jilat senduk yg ada bengkang tu..tapi malam tu senduk tu tak dak sapa nak jilat..mungkin mak dak jilat sendiri kot...kalau raya ni mak ngah boleh buat bengkang yang rasa sama dengan mak tok buat tentu best...untuk anak cucu rasa.

shahirah said...

dulu pak lang n pak njang buas gak no...tp yg kakak musykil ank2 pak njang x r buas sgat...hehehe...baru nak buas sket dah kena teguq...okey nanti kita suruh mak ngah buat bengkang yg pak lang suka 2...janji balik raya kedah...hahaha

Umi Bainun said...

Kesian mak ngah..asyik dia ja kalau pasai nak buat makan sedap2..tapi buleh la jugak kami tumpang sekaki..hehe..nak suruk adik ipaq tulung apa?