Thursday, August 21, 2008

Leeds (3)

Hari pertama sampai di kota London Pakcik sudah diuji. Tiba di Heathrow Airport agak awal sekitar 6 pagi. Bulan September sudah masuk musim luruh. Cuaca sudah agak sejuk. Pertama kali rasa pengalaman asap berkepul-kepul keluar dari mulut bila bernafas. Sejuk-sejuk Cameron Highland semasa ikut rombongan Cikgu Teoh dulu pun tak merasa asap berkepul-kepul begitu. England terkenal dengan cuaca yang tidak menentu. Nasib Pakcik kurang baik sebab cuaca pada hari itu di bawah 10 degree. Agak sejuk walaupun tak sesejuk air telaga Pakyob di pagi hari. Jaket tebal belum dibeli. Berbekalkan blazer coklat nipis itulah Pakcik menyewa teksi seorang diri menuju ke Malaysian Hall di Bryanston Square. Lesap 50 Pound untuk tambang teksi kodok London. Tapi walaupun teksi kodok, agak selesa untuk perjalanan 40 minit menuju ke kota London. Kalau teksi Ah Piau Bukit Selambau belum tentu boleh sampai. Walaupun mata amat mengantuk disebabkan mata yang tak terlelap sepanjang perjalanan dari KL tadi, pemandangan sepanjang perjalanan ke London cukup menawan. Kabut sepanjang perjalanan diserikan lagi dengan bentuk rumah Inggeris yang amat menarik membuatkan Pakcik terasa rugi untuk kejit mata walau sepicing. Alhamdulillah - akhirnya sampai juga ke London. Terus berjumpa pegawai MSD bertanyakan bagaimana untuk meneruskan perjalanan ke Leeds. Ambil bas katanya. Kalau setakat ambil bas UTC 516 dari stesen SP ke Alor Setar Pakcik tahulah. Ini dari London ke Leeds. Dengan beg besar Pakcik merembiang menyusuri jalan-jalan di tengah metropolitan London mencari stesen bas Victoria. Hanya Pakcik seorang saja yang tiba dari Malaysia pada hari itu yang akan ke Leeds. Sesampai di stesen bas terus mendaftar kad pelajar untuk menikmati diskaun tiket. Di sinilah pengalaman manis Pakcik di kota London - tertinggal bas walaupun cuma terlewat 2 minit. Masih teringat Pakcik mencampakkan beg besar ditengah-tengah jalan dan mengejar bas yang bergerak keluar dari stesen. Terpaksa menunggu bas yang selanjutnya. Terbang lagi 32 Pound! Rupanya, sistem pengangkutan di UK amat efisyen. Tepat masa. Ini bukan sistem bas UTC di SP boleh berjalan ikut suka drebar. Nasib baik Pakcik dapat menaiki bas yang berikutnya walaupun terpaksa menunggu hampir 2 jam. Hari sudah gelap. Satu lagi masalah - sampai di Leeds kelak Pakcik hendak menuju ke mana? Hari sudah pasti makin gelap. Ahhh....apa kisah, stesen bas mesti ada bangku panjang. Tidur di situ pun boleh. Orang bukan kenal! Lagipun sudah hampir 2 hari Pakcik tak tidur.

3 comments:

paklang said...

pak lang first time pi luag negeri seminggu lepas pak cik mat pi england..pak lang pi belgium lajak pi german dan holland lepas tu pi england pak lang ada call pak cik mat masa di england tapi tak tau nak pi leeds macam mana.

shahirah said...

wahhhh..bestnya....

uMiE LAgUnA MeRbOk said...

pergghhh..
pengalaman pak cik kat london beri semangat kat umie n siblings laen utk ke oversea..hahaha
ni bwu dgaq crita..xpi lagi ni...hehehe..