Wednesday, February 11, 2009

Bukit Selambau yang kurindui

Popular Bukit Selambau sehari dua ini. Tak disangka kampung yang agak ceruk dan hulu ini mendapat perhatian luar biasa sejak berita perletakan jawatan ADUNnya tersebar 3 hari lepas. Berita TV sungguh bijak mengambil beberapa shot yang agak menarik di sekitar Bukit Selambau sambil menemuramah penduduk sekitar. Hatta gambar Klinik Bukit Selambau pun nampak indah di dalam TV. Nampak Bukit Selambau agak maju dan urban sekilas pandang di dalam berita TV walaupun yang masuk ke situ masih bas UTC nombor 7 yang berdebu dan tak berpenumpang. Betul, Bukit Selambau masih seperti dulu. Tiada kepesatan pembangunan seperti tempat-tempat lain di sekitar Sungai Petani. Estet getah dan kelapa sawit masih menghijau segar dipandang. Kalaupun ada projek besar yang signifikan kepada pembangunan sektor ekonomi Bukit Selambau cuma di sekitar Aman Jaya yang dikatakan masih terpagar di dalam DUN N60. Selebihnya, yang mungkin menjadi loncatan kepesatan ekonomi Bukit Selambau ialah dengan terbinanya jambatan yang menghubungkan Teloi dan Bukit Selambau yang mendekatkan daerah Baling, Sik dan Kuala Muda. Yang lainnya, Bukit Selambau masih seperti dulu. Anak-anak mudanya masih ke luar daerah mencari rezeki dan pekerjaan. Bukan tiada peluang pekerjaan d sekitar kampung tetapi tarikan dunia pekerjaan di luar lebih menarik untuk ditolak dan dinafikan. Yang tinggal di kampung cumalah generasi lama yang masih terikat dengan komitmen kebun dan ayam itiknya. Pakcik langsung tak meletakkan harapan untuk penduduk Bukit Selambau berubah dari segi berpolitik dan memilih parti politik pemerintah memandangkan sejarah dan sosio politik sejak zaman berzaman tidak pernah menunjukkan tanda perubahan. Apalah sangat yang boleh diharapkan daripada generasi lama yang sudah Pakcik kenal kecenderungan politiknya. Tanggapan Pakcik ternyata meleset. Pada PRU12 yang lalu penduduk Bukit Selambau memanifestasikan semangat perubahan yang ternyata mengejutkan Pakcik. Tentu ada sesuatu yang memungkin perubahan berlaku. Tentu salah satu daripadanya adalah kesan daripada penghijrahan anak-anak muda ke luar yang kembali ke kampung membawa mesej-mesej perubahan. Mereka inilah agen perbahan yang memungkinkan generasi-generasi lama yang agak berkarat dapat diputihkan kembali. Maksudnya, walaupun Bukit Selambau terpencil, penduduknya masih boleh melihat dan menilai isu-isu di luar pagar DUN N60. Orang Bukit Selambau sudah bijak berpolitik. Orang Bukit Selambau sudah bijak menilai siapa ahli politik berwibawa dan siapa ahli politik yang "beri-bawah". Orang Bukit Selambau sudah boleh menilai siapa derhaka dan siapa menjunjung daulat raja. Sumber bacaan bukan lagi cuma Utsan Malaysia. Jangan terkejut kalau Pak Ku 'Ad pun sudah pandai membaca blog. Apatah lagi cendikiawan seperti Cikgu Usop dan Tok Bakar Gunting. Tak mustahil ulangan pilihanraya bakal menyaksikan angin perubahan 2008 kekal dan terus memuncak. Pakcik rasa bersalah kalau tak ikut bersama menjadi agen perubahan ini...

4 comments:

Unknown said...

Masa aku kecik2 dulu (sekitar umur 5-6 thn), aku banyak habiskan masa di Bukit Selambau. Ada sekali tu, aku ikut sepupu2 aku pergi cabut/tuai kacang tanah di satu ladang di Bkt Selambau. Suasana macam pesta kerana ramai orang yg datang utk ambik upah cabut kacang tanah tu. Itu kali pertama aku tengok pokok kacang tanah. Upah dibayar berdasarkan berat kacang tanah yg dicabut. Itulah pengalaman paling menarik yg tak dapat aku lupakan. Ada lagi tak ladang kacang tanah tu di Bkt Selambau la ni?

PakcikMat said...

Kalau sebut pesta cabut kacang tanah, sudah semestinya ianya milik Pak Njang Badri bekas ADUN BS. Aku dulu rajin ambik upah cabut kacang jugak. Dapat 5-6 ringgit boleh beli guard betis main bola. La tak sure ada lagi dak org tanam kacang kat BS.

biado ho said...

jom pakat balik bukit selambau menjelang pilihanraya ni..sambil makan kacang rebus.

biado ho said...

pakcik makcik tak balik ka sempena PRK Bkt Selambau ni..supaya kita sama-sama dapat memberi sokongan yang padu kepada pengundi pengundi di Bkt Selambau yang semakin bijak mebuat pilihan