Tuesday, August 12, 2008

England (2) - Leeds

Rumah sewa di Wrangthorn Avenue Leeds 6 agak dekat dengan kampus. Berjalan kaki tak sampai 10 minit. Tidak ramai pelajar Malaysia yang menginap di sekitar Leeds 6. Mungkin sewanya agak mahal berbanding kawasan perumahan yang lain terutamanya di sekitar Beeston. Rumahnya agak boleh tahan. 3 bilik untuk kami berempat. Wani (nama seorang lelaki) memilih bilik paling atas. Shila (juga seorang lelaki) dan Kanoq berkongsi bilik besar di bawah. Pakcik dapat bilik tengah. Pembahagian bilik dipersetujui selepas melaui prosess pengundian yang amat adil iaitu macam cabut kut. Sewa sebanyak 300 pound di bayar sama rata. Mr. Husin tuan rumah agak boleh dibawa berbincang. Cuma sekali dia naik angin apabila Shila tersilap bagi cek tendang untuk sewa bulanannya. Tugas memasak digilir-gilirkan. Masak cuma untuk dinner. Lunch dan breakfast tak perlu susah payah. Masing-masing makan di kampus. Nasib baik kami berempat dapat kontrak menghantar nasik bungkus Kak Innah isteri Dr Hassan Basri untuk dijual setiap tengahari di Islamic Centre. Upah sebungkus nasi setiap seorang. Menu makan malam pelbagai. Menu masing-masing sudah boleh diagak. Wani dengan ayam masak merahnya. Kanoq dengan ayam masak kicapnya. Shila pula agak kreatif dalam bab memasak. Mungkin disebabkan hendak mencari kelainan, pernah kami dihidangkan nasik goreng kacang bendi. Habis berlendir nasik goreng. Menu Maghribi kata dia....Pakcik pula memang jenis tak declare dulu apa yang nak dimasak. Apa ada di atas meja dapur habis dicampur adukkan dalam periuk. Janji bau dan rasanya macam lauk. Bila ditanya apa nama menu tu, baru declare. Kalau rasanya macam terlebih halia, haaa...itu namanya halia berperisa ayam. Paling kawan-kawan suka masakan Pakcik apabila Pakcik goreng bihun. Bihun selalunya menu pada hari minggu bila berkesempatan ke kedai Vietnam di Bandaraya Leeds. Tapi sampai hari ni Wani, Shila dan Kanoq tak tau rahsia kesedapan bihun Pakcik. Sedapnya daripada bawang dan sayur yang tak dibasuh....heehhhh..hehh...sorry kawan-kawan!

5 comments:

maksu said...

pakcik ingat tak ,ada satu masa pakcik bawa balik kawan anak jeneral mana tau..malam tu dia lelah,kalut maktok cari penawaq..maktok rasa besalah takut bagi salah makan

biado ho said...

jadi kebanggaan keluarga tokwan dan maktok ada juga anak dia yg dpt belajaq di Leeds...itulah berkat doa mereka...

uMiE LAgUnA MeRbOk said...

pak cik cita la lg pengalaman kat oversea..
umie nk tau la tmpat2 best kat sna..
uk ka...hehehehh
umie lpas spm nti nk amek course hospitality n tourism management..
da hati nk pi uk la..heh7
pakcik doa2 la kat umie na???
=)

PakcikMat said...

Apa? hospitality and tourism? hampa kena rajin senyum kalau ambik course ni. Lagi satu syarat orang yang ambik course ni kentot kena wangi.

uMiE LAgUnA MeRbOk said...

senyum no prob pak cik..
hueh7878..
kentot chek xpndai..
bab2 kentot ni pak cik mesti dah pro kan..??
hahaha..