Sunday, August 10, 2008

Family-day yang tertunda

Baru-baru ni Pakcik dan Makcik buat majlis tahlil khusus untuk arwah Maktok, Tokwan Naset, Tokwan Teloi, Paklong dan Bangcark. Alhamdulillah 100 lebih datang walaupun jemputan last-minit. Sengaja tak jemput semua ahli keluarga. Jauh nak datang. Lagipun ada rancangan nak buat lagi pada masa-masa akan datang. Mungkin boleh dipilih masa yang baik supaya semua pihak dapat meluangkan masa ke Melaka. Rancangan mengadakan family day tempohari agak tergendala apabila masing-masing tersentak dengan kepulangan Paklong ke rahmatullah secara tiba-tiba. Tahun ni mungkin agak kurang sesuai. Pakngah dan Makngah akan ke Mekah dan mungkin masa yang terbaik ialah ketika cuti sekolah awal tahun depan. Kalau dulu Pakcik ada membuat cadangan pelbagai sukaneka sebagai family games, kali ni Pakcik nak cadangkan supaya ada sedikit kelainan daripada family day dan sukaneka yang biasa dibuat orang. Apa kata kita lawan pelekoh biji getah, lawan toi, lawan tuju biji jangguih dan lain-lain yang pernah popular di BS dulu-dulu.

5 comments:

shahirah said...

kakak setuju...sekarang ni mana ada orang main game ni..tah2 x kenal langsung...hahaha...kembali ke nostalgia BS...

Pak Anjang said...

Masih teringat memori main kombat dengan geng BS. pakai peluru ubi dgn buah terung. Man TokYop jadi KIRBY watak pakai mesingun besar. Dia sapu papan jamban pak yob buat senapang tu.....edd bang cha jadi askar jerman. Pak Jon Tok Aris jadi Vic Morrow....haaa..ha haa syok nya dulu-dulu....

Taman Kempas SP.

Pak Anjang said...

Main meriam kabat bulan posa lepas balik sekolah dengan edd bang cha, hamzah tok siak laksa, malik tok abu kedai dan piee. Cucuh sat meletup sat tak meletup. Last2 bang cha bawa mai cangkui. Dia mengamuk habis meriam kabat kena cangkui. Kami semua cabut lari masuk hutan rumah tok areh. Takut dekat cha itam....ha ha ha!

Taman kempas SP

Si Sejuk said...

angah pun setuju. permainan mcm tu bukan sahaja dapat mengembalikan memori-memori lampau malahan dapat menerapkan nilai2 cintai budaya kita kepada anak-anak sedara yang semakin moden dengan ciptaan teknologi kini.ecewah

biado ho said...

kalu nak main lawan biji jangguih boleh la makngah join sekali..tapi bijik jangguih kena himpun dari la..sapa menang boleh bakaq dan katoq sampai boleh dimakan..tie una dan pupu poyangnya mana pernah tengok proses nak dpt biji jangguih ni..