Friday, March 27, 2009
Ketiak ayah bucuk...
Masjid Tanah kering lagi. Kerap sungguh masalah ketiadaan air melanda Masjid Tanah. Katanya notis pemotongan bekalan air sudah dicanangkan melalui radio Melaka. Patutlah Pakcik tak tahu. Pakcik mana dengar radio Melaka. Disebabkan terpaksa berjimat menggunakan air untuk sehari dua ini, Una terpaksa belajar mengambil wudhu dengan secebok air. Ambil yang wajib saja. Abampun terpaksa membatalkan program riadhah petang untuk mengelakkan peluh. Jadi tak perlu mandi banyak. Nasib baik jiran yang baik hati menghulurkan bantuan air. Ada juga bekalan untuk kegunaan serba berjimat. Sempat juga Pakcik memberi sedikit tazkirah untuk seisi keluarga selepas solat maghrib berkenaan nikmat Allah swt. Kali ini nikmat air menjadi topik utama. Ada juga hikmah ketiadaan air kali ini. Sekurang-kurangnya anak-anak lebih faham nikmat air dan perlunya berjimat cermat. Belum sempat mengajar dan membuat praktikal istinjak dan tayammum. Mungkin kalau masalah air lebih meruncing pada masa akan datang, Una dan Abam akan lebih faham apa itu tayammum dan istinjak dalam Islam. Pakcik biasa tak mandi. Setakat tak jumpa air satu dua hari masih kira OK buat Pakcik. Dulu di UK pernah dak mandi tiga empat hari semasa musim sejuk. Cuma Bibi Ipo tak tahan dengan Pakcik. Ketiak ayah bucuk sambil mengelak daripada dicempung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
30 tahun yang lalu kalu di Bkt Selambau dilanda kemarau..lori JKR akan menghantar air..maka segala periuk belanga akan dikeluarkan oleh para penduduk bagi menadah air dari lori JKR..
Kemarin ada lori mai hantaq air...ambk jugak sikit pakai timba (baldi)...pasai dah ada spare jiran sebelah bagi dari kem tentera..memang betoi nikmat ayaq x terkira...patutlah Rasulullah pun pernah kata kena jimat air walaupun ketika berwudhuk di sungai...bayangkan...
30 tahun dulu mak su dan pakcik akan mandi d umah bang cha setiap pg..masih gelap..kata la mandi,tapi basuh muka dan basah rambut ja..tu idea pak cik..pastu pakcik akan bw maksu naik beskal balik..sambil kayuh tu pakcik akan merungut..hey beratnya Are..bila ptg bang cha akan buat laporan kat maktok..ada anak kaksu p sekolah tak mandi...he..he
heran laa..mcmana maktok dgn tokwan blh gali telaga kita tu..kuatnya kedrat..pakcik pun kalah walaupun pakcik boleh mencari dan gali minyak..
aslmkm.Utk kak bainun .untung duduk sebelah askar ada juga orang hulur air.mana blog akak ..buka kosong je...
Post a Comment