Saturday, September 20, 2008

Sup Tulang Tokwan

Dah beberapa minggu Pakcik agak terlewat ke pasar. Dah lama cuba mencari tulang untuk dibuat sup. Sebab terlewat maka yang tinggal pun cuma habuk saja. Susahjuga nak jumpa tulang lembu yang masih berdaging tebal. Asyik-asyik tulang yang betul-betul tulang. Habis dikikis daging tak ditinggal walau setahil. Walau bagaimanapun nasib Pakcik agak baik pagi tadi. Dapat jugak tulang rusuk yang baik dan masih bersalut daging yang tebal. Beli tak banyak, sekilo saja untuk anak beranak. Lepas gian. Semasa membayar duit tulang sempat jugak Pakcik berseloroh dengan abang penjual daging itu. Tebal tulang hari ni. Dia senyum. Mungkin Pakcik sampai agak awal ke pasar dan diapun belum sempat mengikis habis daging di tulang-tulang itu. Berbeza dengan arah Tok Mat Daging Bukit Selambau jual daging. Ada elemen bersedeqah bila bermuamalat. Seingat Pakcik jarang benar Tokwan merungut dengan kualiti daging dan tulang yang dibeli terutamanya ketika musim raya. Sup "gear box" Tokwan selalunya menjadi resipi istimewa malam raya. Straw ais kacang yang dibeli di kedai Paktam atau kedai Tok Abu akan disimpan. Sedut sum-sum tulang mesti berstraw. Tokwan memang suka sup gear box. Aktiviti malam raya memang riuh. Pelik jugak mengapa zaman itu orang masih perlu berteka-teki mengenai tarikh hari raya. Mesti tunggu pengumuman TV atau radio. Tak macam sekarang, kalendar kuda pun sudah memberi tarikh tepat hari raya. TV cuma formaliti. Itulah hebatnya teknologi dan ilmu pakar-pakar astronomi kita sekarang ini. Bila orang dulu tidak pasti sama ada esok raya ke tidak, itulah yang membuatkan penantian hari raya suatu saat yang cukup suspen dan mendebarkan. Maktok dan Tokwan tidak akan merebus ketupat jawi dan ketupat pulut selagi belum ada kepastian tarikh hari raya. Sup tulang tidak perlu menunggu pengumuman penyimpan mohor besar raja-raja. Sup tulang untuk berbuka puasa. Menu khas di penghujung Ramadhan. Sup tulang Tokwan tidak perlu sup bunjut adabi atau mak siti. Cukup dengan perkakas sup buatan sendiri. Malam itu tanpa menghiraukan pengumuman TV, Tokwan mengetuai sessi berbuka dengan mengirup sup tulang. Selalunya Pakcik akan hirup sup dan sedut sum-sum gear box sampai pening. Malam raya selalunya riuh dan istimewa. Lebih istimewa bila Maktok dapat tahu anak yang jauh separti Paklong Bon akan pulang beraya di kampung.....

7 comments:

biado ho said...

sup tulang tokwan memang best..tapi la x leh amal sgt nanti mai penyakit jantung pulak..lembu la x macam lembut tok mat daging lembu kampong yg x disuntik apa2 ubat.. real punya daging..

paklang said...

Ada sekali tu semua pakat pening lepas makan sup tok wan....makan bayak sangat kot

MakndakMai said...

Tokwan akan beli bunga api dan mercun roket di kedai syarikat. Sebelum siren balai bunyi tokwan akan cucuh mercun roket dan letak dalam botol F&N. Nun tala ke kedai syarikat. Bunga api akan diserahkan kepada 3 anak kecilnya iaitu makndak, pakcik dan yang paling banyak dapat tentulah maksu. Tokwan sangat-sangat diam tapi amat memahami... Malam 27 paling meriah.. Semua kanak-kanak kg kelinik boleh dikatakan bertumpu di rumah maktok. Main bunga api hingga ke rumah pakyob. Teh pak yob akan ronda dengan basikalnya pi balik tak tau berapa kali. Gembira.Tun bang cha orang paling kepoh dan riuh, sebab tu paknjang dan paklang panggil Tun mulut Murai. Bila dah besar sikit, makndak hanya boleh keluar main bunga api bila dapat greenlight dari....ehem bukan dari maktok tapi MAKNGAH. maklumlah makndak adalah assistant makngah time tu. Macam-macam kerja kena buat, siang bawanglah,kukoq nyoklah, gantung curtainlah, tunggu api ketupat bawah pokok moktan dan gosok baju. Makndak bukan didera makngah tapi makngah tu jealous tak leh main sebab dia dah anak dara... Alhamdulillah makndak cekap buat kerja rumah sebab selalu menjadi assistant makngah dulu. Malam raya, rumah maktok sekali lagi jadi tumpuan. Mat Yani tok mat dagin antara pengunjung tetap dan beberapa kenalan paklong. Tak tau berapa trip kena bancuh kopi dan basuh cawan. Esoknya raya...masih di ceruk dapur. Paling tension kalau paklang bawa geng-geng dia mai rumah. Paklang jenis yang tak tolong langsung hatta bancuh sirap. Makndak dan maksu yang kena buat semua. Lepas tu tinggai berkapaq.. Kena kemas lagi. Tapi kalu geng paknjang yang datang beraya lapang sikit sebab paknjang akan tolong ambil gelas, hidang dan bancuh air. Lepas tu paknjang akan kemas meja. Kalau anak-anak menakan nak tau itulah beza paknjang dan paklang. Pakcik seperti biasa... kutip duit raya sampai maghrib!!!

biado ho said...

kalau la.. maktok ada lagi mesti maktok belajaq buat ketupat pulut pistol dari besan teloi..sbb di teloi ketupat pulut bentuk seakan2 pistol..makngah ada juga tanya.., makcik kata cepat sikit buat bentuk pistol tu..

Umi Bainun said...

Ketupat pistol jimat masa dan jimat daun palas..ingat tahun ni pun nak buat ketupat pistol kat MT, tahun lepas buat sikit jd jugakla walaupun x sama macam teloi punya..

Unknown said...

Mat, kualiti daging dan tulang yg aku beli di Terengganu (Msia) dan UK memang berbeza. Di Msia, bila kita minta beli daging gred A (boneless beef), depa mesti masukkan juga sikit daging berlemak. Ni dah dikira tipu pelanggan. Di UK, depa toreh buang dulu semua lemak sebelum jual, baru betoi2 dapat daging.
Di Msia, beli tulang memang dapat tulang betoi2, tak dak sikit pun daging. Di UK, beli tulang & ribs, masih banyak lagi daging ada. Siap boleh buat BBQ lagi.
Moral: kebanyakan peniaga daging di Msia (bukan semua) mengaku Islam, tetapi meniaga tak mengikut cara Islam. masih nak tipu dlm berniaga.
p/s: Nanti hang mai sini, kami buat sup tulang spesial. dapat panaskan badan musim winter..

Pak Anjang said...

Kalau tahun ni orang teloi buat ketupat mesingun boleh kot? Ha ha ha!