Syukur alhamdulillah diberi kesempatan sekali lagi menemui Ramadhan Kareem. Semoga amal tahun ini melebihi amal-amal baik yang dilakukan pada Ramadhan-Ramadhan sebelum ini.
Unapun sudah mula berpuasa. Tertinggal 2 hari pertama puasa semasa balik ke Kedah. Selebihnya puasa macam orang besar. Tak sebut langsung pasal lapar dahaga. Umur 6 tahun sudah boleh menahan lapar dan dahaga sudah dikira baik.
Harapnya Una tak menggunakan trick yang selalu Pakcik gunakan ketika seusia Una dulu. Setiap kali turun mandi di telaga Pakyob Pakcik akan ambil kesempatan menelan seteguk dua air telaga yang turun dari kepala. Dalam perjalanan balik akan singgah di rumah Bangcha ambil buah jambu sebiji dua. Balik ke rumah berlakon letih...Saat yang paling dinanti-nantikan ialah menunggu detik siren dari balai polis dibunyikan. Sambil-sambil duduk tercanguk di depan rumah diperhatikan apa juadah jiran-jiran sebelah yang akan bertukar tangan. Agar-agar Kak Zizah boleh tahan sedap. Strategi maktok masak kanji seperiuk besar. Separuh dibedak-bedakkan kepada jiran-jiran. Separuh lagi untuk di rumah. Bila sampai waktu berbuka, macam-macam juadah dari jiran-jiran terhidang. Meleleh air liur.
Bila tiba waktu berbuka maktok akan buat announcement, siapa tak puasa sila duduk asing. Aitttt, macam mana maktok tahu ada orang tak puasa? Pakcikkah itu? Tapi setakat buka puasa dengan air halia, duduk asing pun tak apa....Pakcik cuba memujuk hati sendiri.
Haaa...apa kata hari ini buka puasa dengan air halia? Cuba cari jawapan mengapa tokwan begitu gemar air halia di bulan puasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
kita sama no.. makngah kalu tengah masak dlm bulan posa ni selalu teringat air halia maktok..special punya air halia..air halia hanya utk tokwan dan maktok saja..kalu lebih baru boleh orang lain rasa..memang best nanti kalu balik ramai2 makngah buat air halia resepi maktok tu utk kita semua rasa utk buang angin katanya..
Ohhh sedap sungguh ayaq halia maktok di bulan posa... Sekali rasa pasti x lupa....
sekarang pak lang pun dah ada blog...jd banyak la cerita kita boleh kongsi...
Apakah menu yang mak tok selalu sedia masa bulan posa?
1. Kanji
2. Seri muka
3. Buah melaka
4. Ayaq sirap biji selasih
5. Ayaq halia
6. Kuih Cara
7. Agar-agar merah
8. nasi kerabu/nasi ulam.
9. Cucoq badak/spera inti nyoq..
Kepada anak2 sedaraku. Hampa suruh mak hampa buat mana-mana menu yang disenaraikan masa bulan posa ni. mesti best giler punya la resipi mak tok ni....
Kalau la ni orang masih pi kat kedai pak tam beli ais ketui utk buka posa tentu maisarah, una, yip, umar akan heran pasai apa potong ais pakai gergaji..ais pulak simpan dalam serbuk papan. Pak lang pernah pi beli asi ketui tu masa bawa balik dan jilat sikit pasai tak tahan sangat tengok ais tu... tapi bila mak tok kata sapa tak posa makan kemudian heran jugak macam mana mak tok boleh tau paklang jilat ais tadi walaupun buat muka letih.
Time yang paling menderita masa posa yang pak lang alami ialah bila tolong mak tok motong pokok tok man matang sintok atau kutip sekerap. Lidah keluag sampai ke dada...pak lang motong mungkin 2-3 nerai saja tapi mak tok motong dekat 10 nerai tapi pak lang yg letih lebih..susu getah nampak macam ais bandung saja. T/hari tok wan mai dengan PD 8145...bawa susu getah pi Mardec Kuala Sin,.paklang kayuh mak tok pulak balik rumah rasa masa tu lidah keluag sampai ke dada...tapi kalau motong kg perak time jual skrap ok..sebab mak tok bagi komisyen... komisyen ambik yang ambik komisyen sendiri tak declare kat mak tok pun ada...bukan apa nak himpun beli baju raya.
Teringat memori more Kg. Klinik 'B'. Arwah Tok Wan antara yang paling sibuk uruskan menu nasi dan gulai ikan kering campur nanas. More mesti minggu pertama bulan posa. Ramai orang makan lepas solat terawih. Esok kalau ada more They Seng estet atau They Aik Estet makan bubur kacang atau laksa kuah cayaq, atau minum teh ceroi cicah roti pat sagi tawar alamatnya masjid tak ramai la jemaah terawih....
More Syarip dgn Non kedai pun OK. Nasik tomato. Minta-minta malam tu jangan Tok Haji Hashim jadi imam terawih. Slow....
More kedai syarikat malam raya mesti bihun sup. Tok Wan mesti bawa balik bihun lebih sebab malam tu tak ramai orang mai solat dimasjid sbb esok dah raya. Daripada p terawih malam tu lebih baik main mercun dgn man pak yob (six million dollar man)@ Kirby Combat....seronok betoi teringat memori silam..... Kepada anak2 sedaraku..hampa tanya mak/abah hampa Six Million Dollar Man tu apa kebendanya? Siapa Man Pak Yob? Apa peranannya dalam komuniti pak anjang, pak lang dll dulu-dulu di kampung.
Terawih mesti 20 rakaat..paklang masih ingat satu malam tu terawih sekerat jalan saja lepas tu dok sembang dengan zul che ngah dan 2-3 orang sekali siap dengan gelak-gelak sekali... sekali kena jerkah dengan Tok In Kayu terus sengap.
Siren balai mesti bunyi lamabat 2-3 minit semua pakat dok maki tok saad balai ni mesti dia pi buka posa dulu baru nak bunyi siren..tak pasai-pasai tiap-tiap petang geng balai dok kena maki sebab bunyi siren lambat. Apa pun orang dulu cukup patuh dengan peraturan kalau tak bunyi siren maka tak buka la. Tapi Maisarah baru iklan saja gelas dah dok kat mulut belum pun azan.
Salam , tumpang lalu skit...
Saya pun pernah gak berpuasa kat bukit selambau ni. Masa tu makngah tmn dedati a.k.a mak uda dlm pantang tak silap. Terkejut dengar bunyi siren dari balai polis..ingat kan pasal apa...maklumlah kat ayer tawor mana ada ...
adik pak ngah sholeh
Post a Comment