Tuesday, September 16, 2008
Puduraya
Tekejut apabila membaca berita penumpang terpaksa membayar tambang bas RM45 untuk perjalanan satu hala dari KL ke SP untuk cuti hariraya aidi fitri ini. Nampaknya perjalanan pulang ke kampung dengan bas ekspress bukan lagi modus yang paling murah. Itu belum dicampur risiko bas tak muncul-muncul di Puduraya, bas rosak di tengah lebuhraya ataupun aircond rosak di sepanjang perjalanan. Bayangkan kalau satu keluarga besar 5-6 orang menaiki bas ekspres. Sudah tentu perjalanan pulang beraya di kampung suatu perjalanan yang amat mahal. Sudah tentu di kampungpun perlukan perbelanjaan. Pengalaman 2 tahun lebih di KL semasa belajar dulu cukup menyeronokkan apabila tiba musim raya. Seawal minggu pertama Ramadhan Puduraya sudah sesak dengan orang ramai membeli tiket. Selalunya Pakcik beli lebih daripada satu tiket. Satu untuk Pakcik, dan yang lain untuk buat biznis. Tunggu di akhir Ramadhan Pakcik akan berkunjung sekali lagi ke Pudu. Kali ini bukan untuk membeli tiket tapi untuk jual tiket. Kalau harga asal RM18, Pakcik akan jual lebih sikit. Habuan kamsen. Duit lebih tu Pakcik akan singgah di Kamdar atau Chow Kit beli kain batik atau kain untuk Maktok. Maktok selalu akan tanya, duit ambik mana? Pakcik kata duit mahasiswa. Tipu sunat. Bila sampai hari raya, Pakcik minta maaf kat Maktok. Tapi mungkin agaknya duit hasil jual tiket tu kurang berkat, pernah Pakcik berpeluh sepanjang malam balik ke Kedah akibat aircond bas rosak. Yang masih Pakcik ingat pengalaman Ramadhan dan perjalanan pulang ke kampung menyambut hari raya ketika zaman belajar di KL dulu cukup manis. Setiap hujung minggu Pakcik tak akan lepaskan peluang berbuka puasa di masjid Jamek ataupun masjid Negara. Kalau ada modal lebih Pakcik akan lajak ke Jeram berbuka di rumah Pak Anjang. Paling dekat berbuka di Seksyen 10 rumah Paklang. Ketika itu Paklong belum berpindah ke KL. Seingat Pakcik tak pernak Pakcik berbuka di rumah Makndak di Kerinci sebab rumah Makndak ramai orang perempuan. Lagipun Makndak masih student masa tu. Tentu menu berbuka di rumah Makndak kurang menarik. Heee...heee....Pernah sekali Pakcik, Paklang dan Maklang merancang nak buat surprise untuk berbuka puasa di Jeram. Sesampai di Jeram rupanya Pak Anjang tak ada di rumah. Maka kami bertiga berbukalah di masjid Jeram yang tak ada orang itu. Mungkin elok jugak sekali sekala balik ke kampung dengan bas ekspres. Tentu Abam, Una dan Bibi-Ipo suka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
bila sampai ja di kg slambau hill ptg raya..kita akan nampak tokwan sedang menganyam ketupat jawinya..maktok dgn ketupat pulutnya..diblkg rumah tokwan merebus kaki lembu utk sup buat berbuka posa,alangkah meriahnya pada masa tu..
Arwah Pak Yob akan suruh Mak Kiah belajar buat KEB (Kek) dengan Mak Tok. Mak Tok memang pandai buat keb belang-belang. Tapi paklang paling borong bila mak tok suruh timbuk teloq nak buat buahulu...boring sebab lama sangat mak tok dok kata hang ni timbuk apa tak kembang-kembang pun..macam mana nak kembang bila mak tok tak tengok paklang berenti bila mak tok ada baru timbuk balik...ada petua pulak tu dari Lang Mbon dia suruh pi timbuk telog tengah panas ...cepat kembang katanya..apa habag agaknya Lang Mbon la ni.
Seamalam ada tazkirah di surau dekat rumah paklang..kata uztaz tu yang paling afdal sekali masa bayar fitrah adalah dengan beras kerana itu yang nabi buat dan Mazhab Imam shafiee memang dia suruh bayar pakai beras ni. Kemudian baru la paklang teringat..time bayag fitrah ni paklang akan teringat masa ikut mak tok pi bayag fitrah rumah tok chah abas kot kalau tak silap...masa tu paklang tak tau apa lagi pasai fitrah ni..paklang heran jugak tengok mak tok dok sorong beras tarik beras dengan tok chah abas. banyak kali juga depa dok sorong beras tarik beras...selepas ustaz tu bagi tau baru paklang tahu yang bayag fitrah pakai beras ni amat dituntut sebenarnya...rupa-rupanya mak tok cukup advance dalam mengamalkan syariat nabi ni.
Dua malam lepas paklang jerkah budak-budak yang dok main mercun depan rumah paklang...bising sangat sampai Wawa asyik dok terkejut saja. Tapi naluri budak-budak macam tu...paklang juga ada pengalaman main mercun ni tapi time paklang dan pakjang dulu kami main memriam tanah..kepala meriam tanah ni Edd Kak Jark...dia buat meriam dengan mengorek lubang pongsu bawah pokokcempedak dekat rumah mak tok...bunyi dia mak datok..punya la kuat macam bom kat Iraq...sampai pinggan atas para boleh jatuh...sekali tu tengah dok syok main geng balai polis mai dua tiga motor siap bawa cangkul sekali..apa lagi berselerak lari..paklang dan lari mamsuk kebun getah tok mat daging dekat rumah pak yob..mak kiah pun kalut juga dia tanya awatnya pakat lalri ni...kami tak dan nak kata apa terus lari menyorok dalam kebuin getah tu... masa tu dah dekat nak buka...yang bestnya mak tok tak marah...mungkin mak tok dah nampak yg sedfang melatih diri untuk jadi pegawai unit bom kot....kebetulannya jadi sungguh unit bom ....kadang-kang orang tua kita dah nampak bakat anak-anak dia..
Setuju hujah Paklang tu. Masa Pakcik kena mercun sampai muka ceme dulu pun Maktok OK je. Kena mercun sikit saja tapi minyak gas dari pelita yang sambar muka Pakcik yang jadi parah tu. Maktok kata sabar la mana tau besar nanti jadi tokey kilang mercun ataupun tokey kedai minyak. Jadi sungguh...
memang tiket bus dah naik..tiket dari melaka ke sp selalunya rm35.60...tapi hari tu kakak beli untuk balik raya rm40...siap org tu cakap dalam bus nanti depa mintak lagi rm8...teruk betul!!!boleh pulak dia main mintak2 cam tu...
kakak kalu x bagi macamana..xkan depa suruh turun kut..habaq kat depa duit xdak..tunggu sampai turun tmn sejati baru abah bagi kata..
tiket kuantan-sungai petani naik banyak.. dari RM42 la ni dah RM 52 kalau x silap..Naya..naya
Post a Comment