Thursday, August 7, 2008

Kenduri Pak Njang Badri

Paknjang Badri buat kenduri kawin anak dia 17 Ogos ni. Anak yang mana satu tak pasti. Mungkin yang kerja kat PFK Gurun agaknya. Pakcik tak dapat balik. Dah bagitau Makngah Taman Sejati dan Taman Kempas mohon sampaikan salam saja. Dah lama sangat tak jumpa Paknjang Badri dan Mat Khairfan. Rasanya sejak dia dah tak jadi calon PRU-10 tahun 1999 dulu lagi. Orang kuat arwah ayah tu. Kali akhir jumpa Paknjang Badri masa hari raya tahun 1998 rasanya. Satu keluarga 144 Kg Klinik pi berkunjung selepas pergi beraya ke rumah Mak Kiah Pak Yop dan Kak Tam Cikgu Usop. Banyak jasa Paknjang untuk penduduk Bukit Selambau. Masa zaman recession dan penurunan harga getah sekitar awai 80-an, Paknjang ambil inisiatif tanam kacang tanah berekar-ekar. Ramailah penduduk yang merasai nikmat upah cabut kacang termasuklah keluarga 144 Kg Klinik. Kebun betik dekat Jalan Sg Anak Ikan pun memberi banyak peluang pekerjaan kepada ramai penduduk setempat selain penduduk boleh makan betik percuma lepas balik short-cut dari pekan BS melalui Jalan Hj Saad. Haa....keluarga 144 Kg Klinik cukup suka lalu di depan rumah beliau untuk pergi mandi "kolam". Maknjang Saadiah mesti ajak sembang dulu sambil boleh makan betik free. Keluarga 144 masih ingat "kolam" @ sumber air utama di musim kemarau? Untuk ke kolam kita mesti melalui nenerapa check-points. Rumah Bang Zan Ustat Mahmud, rumah Husin Glemek, Mak Su Hj Daud, Paknjang Badri, rumah arwah Bidin dan akhir sekali rumah Pak Leh Ghabit. Paling mencabar ketika menuruni 'gon' dari rumah Pak Leh Ghabit ke kawasa kolam yang agak curam. Kalau timing baik, masa sampai ke kolam terserempak dengan anak-anak dara Bang 'Ad posmen. Huhhh.....mandipun lama sikit...

3 comments:

paklang said...

Bila kita cerita pasai pakjang badri ni kita tak boleh lupa pada Tok Naset. Dua-dua depa anchor pada penduduk BS. Dari masalah rumah tangga sampai la masalah anak2 tak kira hindu Thye Seng, cina pekan, siam lubuk sera, melayu bukit topang ka, tengkorak batu, pokok machang semua refer kat dua sahabat baik ni. Pakjang Badri ketua UMNO, Tok Naset timbalan, Tok Naset juga Pengrusi JKKK, Bang Me sekolah setiausaha. Masyarakat BS cukup respect kat dua orang ni tak kira PAS ka UMNO. PSRM ( PSRM pernah bertanding di Bukit Selambau 1982 calon dia orang pokok maccang dah arwah dah pun.) Pak jang badri jadi calon BN 1982 walalupun Tok Naset yang di offer dulu tapi Tok Naset kata dia tak layak suruh badri la dia pandai bercakap..kalau tak tentu cucu-cucu di Kelantan, Tmn Dedati Indah, Laguna, Kempas, Rawang, shah alam, dan Masjid Tanah boleh berbangga tok depa bekas wakil rakyat.

MakndakMai said...

Maknadak dan makngah selalu kayuh gerek lalu depan rumah paknjamg badri untuk basuh kain di KOLAM. Belah petang makngah kena kisag tepung dan makndak kena basuh cawan apom....Sekali sekala dapat main polis santri dengan pak yet tok arih...Aduh kena gossip

biado ho said...

makngah balik kenduri pakjang badri baru2 ni..hari kenduri tu jugak adik ipaq @ besan dia (pak mentua khaifan)meninggal..agak suram jugak la kenduri tu..kata mlm tu nak ada ghazal parti tapi mgkin batal kut dah ada kematian..makngah dan pakngah balik ikut checkpoint yg pakcik sebut tersenyum sendiri bila lalu kut rumah husin gelemek..