Friday, August 8, 2008

England - September 1993 (1)

Boleh dikatakan semua ahli keluarga turun ke Subang Airport malam itu untuk menghantar Pakcik terbang ke England. Maklumlah, anak Bukit Selambau yang ke-2 yang diberi peluang melanjutkan pelajaran ke oversea selepas Dee Tok Abu. Ada seorang lagi orang Kuala Sin - tapi itu qariah lain. Tak aci. Flight British Airways penerbangan terus ke Heathrow dijangka berlepas 11.55 malam. Tingkat 10 Pulapol menjadi pusat transit sebelum bertolak ke Subang malam itu. Arwah Paklong Bon satu family seawal pukul 7.30 sudah sampai. Arwah Maktok memang bermukim di KL ketika itu. Urusan janji temu dengan Dr Radzi. Makngah dan Pakngah sekeluarga Maksu dan Kak Not sudah sehari meronda KL sementara berkunjung ke Subang. Paknjang bertolak dari Jeram dengan sahabat. Nasib baik lift ke Tingkat 10 Pulapol tak buat hal. Pernah Pakcik dan Paklang kokkong Maktok kerabat 10 tingkat masa lift buat perangai.
Kecut perut juga memandangkan itulah kali pertama merasai naik kapal terbang. Orang cakap naik kapal terbang tingkah laku kena "pedo". Kalau tak tau nak operate punat-punat di dalam pesawat, jangan risau. Tunjuk macho sambil mata kena jeling-jeling penumpang sebelah bagaimana depa buat. Dengan blazer coklat Jusco RM180, seluar RM19 dari Kamdar, kemeja putih RM13.90 dan kasut hitam RM35 dari Pertama Kompleks Pakcik melangkah masuk ke dewan penerbangan dengan penuh emosi. Emosi sebab Maktok mengiringi Pakcik hingga ke gate pemeriksaan. Tak banyak pesan Maktok selain belajar bersungguh-sungguh, jangan tinggal solat dan yang paling sebak - doakan supaya Maktok segera semboh dan sempat bertemu lagi apabila Pakcik tamat belajar. Tapi yang pasti pemergian Pakcik pasti diiringi doa Maktok dan kaum keluarga agar yang terbaik dikurniakan Allah kepada hambaNya ini. Tak tidur Pakcik sepanjang 13 jam penerbangan malam itu. Bukan sebab dok terbayang hidup baru di rantau orang tapi asyik teringat kata-kata Maktok......

4 comments:

PakcikMat said...

Pakcik terlupa, Jee Chu 50 relong merupakan orang ke-2 dari BS yang ke oversea.

biado ho said...

kalaulah ada maktok, setiap thun mesti pakcik bawak p mkn angin dgn bibi ipo...

MakndakMai said...

Makndak masih ingat maktok amat gembira terima KAd Raya dari Leeds. Ditatap dan dibaca berkali-kali. Rindunya menggebu pada pakcik. Macam tau dia tak akan bertemu lagi dengan pakcik.

maksu said...

beg tangan untuk maktok..beg paling mahal dan paling cantik untuk maktok.semua murid tua yg mai mengaji dok pakat belek beg dr england