Monday, January 5, 2009

Hari Pertama Una di SKDTK

Una bangun awal pagi ni. Una Subuh berjemaah dengan Abam. Abam imam. Lain rupa Una bila lengkap berpakaian sekolah. Semangat betul dia nak ke sekolah. Entah boleh tidur atau tidak malam tadi Pakcikpun tak tahu. Kalau Pakcik dulu-dulu saheh tak boleh tidur malam mengenangkan esoknya hari yang amat penting. Begitu juga kalau ada rombongan ke Tanjung dan sebagainya sudah tentu tak lelap tidur sepanjang malam.
Pengalaman hari pertama Una di sekolah agak cemerlang. Sudah boleh mengangkat tangan menawarkan diri untuk membaca tulisan cikgu di papan hitam. Itu suda kira baik untuk hari pertama persekolahan. Agak sedih bila Una cerita apa yang berlaku pada waktu rehat. Una mengikut arahan cikgu untuk beratur di kantin untuk membeli makanan. Apabila tiba giliran Una untuk membeli baru Una sedar yang dia tak ada duit. Masyaallah Pakcik lupa nak beri duit bekal untuk Una! Unapun termelahu di hujung meja makan kantin sambil menghirup air masak yang dibawa dari rumah tadi. Cuma air masak. Kesian Una. Una balik sekolah agak lewat. Satu setengah baru sampai di rumah. Selesai makan, mandi dan solat zohor giliran untuk ke sekolah agama pulak. Tak sempat berehat. Petang tadi Pakcik ke sekolah Una dan tak sabar mendengar cerita Una berkenaan pengalaman sekolah petangnya pulak. Una belajar apa petang ni - soal Pakcik. Tak belajar apapun ayah, Una tidur aje dalam kelas. Una penat. Tak apa ini cuma hari pertama.

2 comments:

Pak Anjang said...

SELAMAT MENEMPUH ALAM PERSEKOLAHAN BUAT UNA. MOGA BERJAYA JADI MURID YANG BAIK DAN BERDISIPLIN DAN CEMERLANG DALAM PELAJARAN.

DARIPADA: PAK ANJANG DAN MAK ANJANG

Umi Bainun said...

Una semangat sungguh nak pi sekolah tiap2 hari...sekolah agama pun dia seronok tapi sedih ustazah ajar nasyid asmaul husna x habis..dia x sabaq nak hafal nasyid tu...hari jumaat dah ikut jadual untuk hari isnin..semangat sungguh...jgn hangat2 tahi ayam sudah..