Sunday, August 24, 2008

Hijau Kuning Juara Lagi

Seakan tiada pencabar yang betul-betul mantap untuk menandingi Kedah Hijau Kuning yang sekali lagi muncul juara berganda-ganda bagi tahun kedua berturut-turut. Agak mustahil untuk mengulangi pencapaian hebat tahun lepas. Mungkin anak buah Azrai Kor dan Radhi Mat Din bersemangat untuk menghadiahkan "treble" ini untuk Allahyarham Datuk Ahmad Basri yang meninggal dunia baru-baru ini. Kedah muncul hebat sebagai gergasi baru bolasepak Malaysia sekitar hujung 80-an dan awal 90-an. Selepas gejala rasuah bola melanda negara selepas itu bolesepak Kedah turut jatuh. Ada teori mengatakan setelah Datuk Amad Basri merajuk daripada kancah bolesepak Kedah, mutu sukan itu turut menjunam. Kalau dilihat kecemerlangan Kedah di era Datuk Ahmad Basri menerajui kepimpinan sukan bolasepak Hijau Kuning, sukar untuk menidakkan keupayaan dan pengaruh kepimpinan beliau dalam memaju kecemerlangan pasukan Kedah. Rasanya kalau diberi pasukan apapun untuk diurus oleh Datuk Ahmada Basri, pasukan itu boleh cemerlang. Jurulatih yang beliau pilih untuk melatih pasukannya dipuji hebat. Bermula dengan Cikgu Ahmad Shafie dan kemudian disusuli oleh Robert Albert semuanya memberi impak maksima kepada pencapaian Kedah. Siapa kenal Azrai Kor sebelum ini? Dengan support team yang cukup mantap daripada Radhi, Ahmad Sobri dan Mohamad Romli cukup untuk menghadirkan hormat di kalangan pemain. Mereka melatih dengan rekod cemerlang daam sejarah karier masing-masing. Kalau diserahkan seluruh pemain pasukan Bukit Selambau akhir 70-an dan awal 80-an dulupun mungkin boleh mewakili Kedah dan muncul juara jika diasuh dan dididik Datuk Ahmad Basri dan pasukannya. Orang Bukit Selambau cukup kenal dengan barisan pemain pujaan Bukit Selambau. Bukan setakat pasukan Congers Cikgu Lah yang selalu dibelasah, pasukan Scarborough, Sg Lalang, Sidam, Pantai Cicaq dan pasukan-pasukan lain cukup kenal dengan kehebatan Bukit Selambau. Gol keeper yang mantap dibarisi Malek Tok Ujang dan Mat Bdozer, Paklong Bon, Pak Daud dan Dreser Klinik yang mengawal mantap bahagian belakang, Mud Tok Cha dan Bahari licik di sebelah kanan dan kiri, Non Capek, Harun Tok Mat Echik dan Supersub Lee Tok Som yang terkenal dengan teknik meramas telor lawan sudah cukup untuk mematahkan semangat lawan. Sorakan padu daripada penonton sudah cukup untuk menaikkan semangat pemain. Dengan diketuai Tok Bakar Gunting dan arwah Tok Hassan Kg Perak suasana padang Klinik boleh disamakan dengan suasana Stadium Darulaman setiap kali Hijau Kuning turun beraksi. Tidak pernah disaksikan di mana-mana stadium ketika waktu rehat, pemain-pemain lawan berebut-rebut beratur membeli laksa Tok Siak dan jagung Tok Sidik. Mungkin itulah sebab pasukan BS begitu unggul disebabkan pemain lawan sengkak perut selepas menikmati laksa Tok Siak ketika waktu rehat.

5 comments:

paklang said...

Penyokong fanatik team BS adalah Arwah Tok Mat Dagin..kalau tengok bola mesti bawa payung..ada satu game BS lawan telam mana tah dia tak puas hati dengan pengadil sebab dia kata berat sebelah.. dia boleh berlari masuk padang hambat pengadil..pengadil tu lari tak cukup tanah.Midfielh terbaik BS adalah Li joriah. Tapi jgn lupa Mat Ceria juga.

Mohd Shafiq Shahrael said...

patut la geng pantai cicaq dok kalah...main pegang teloqqq... x aci la

PakcikMat said...

Teknik ramas teloq tu cuma dipakai waktu time-time nak kalah. Teknik berkesan sebab jarang referee nampak. Tiba-tiba saja pemain lawan tersungkoq atas padang. Masa tu lah striker ambik peluang score gol...

biado ho said...

bila2 semua kena balik la berhimpun di 144, kg.kelinik pangge semua pemain2 veteren tu..buat jamuan kat depa ...

biado ho said...

order nasi kandaq ei chu..dia dah jadi toke nasik kandaq..